Halaman diari ku :3

welcome to my diary :3

welcome to my diary :3
welcome to my diary :3

Rabu, 25 April 2012

cinta?? apa itu cinta >.<''

salam... okehh..aku nak tnye korang ape maksud cinte bagi korang??... yela selama ni korang asyik ckap cinta dan sayang jer kan?tp paham kah korang??bagi aku cinte adelah suatu anugerah kepada kite untuk mengeratkan lagi sillatulrahim sesama individu tanpa mengira kaum dan bangsa.. xsmstinye bnd yg kite cinta,suka atau sayang kite akn dapat memiliki.. coz kadang2 cinte ini mnguji tahap keimanan kite dgn siapa kite syg..krn kite kdng2 xpksa mlpaskn sesorg yg kite syg dmi kebaikan..and bg aku cinte kpda than yg akn kekal selamanya..jadikan cinte korang ni sbg sstu ibadah..jdikan lah cinte korang ni krana allah s.w.t tp bkn nafsu..krna cnte mengikut nsfu ni berpandukan syaitan..dan dibawah ni satu puisi yg selalu buat aku yakin dgn cinta yg aku miliki..






Sekalipun CINTA telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.

Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.

Namun tanpa lidah,

CINTA ternyata lebih terang

Sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya

Kata kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada CINTA

Dalam menguraikan CINTA, akal terbaring tak berdaya

Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur

CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan...


korang paham itu?? 

bagi aku CINTA adalah KEKUATAN yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah CINTA !!!






pstt: thankz for reading this :)) ..........







Selasa, 24 April 2012

antara sayang lelaki dan perempuan ^_^



Aku rasa korang semua mesti penah dengar kan ayat ni, saya sayang awak lebih (I love you more). Dalam sebuah relationship, memang akan ada satu pihak yang akan lebih menyayangi. Tak boleh tidak, mesti ada punya. Cuma dalam hal ni, apa yang terbaik? Lelaki yang lebih menyayangi atau perempuan? Pada aku, lebih baik lelaki tu.


Kenapa? Pertama sekali sebab lumrah lelaki tu sebagai pemimpin dalam relationship tu. Mana boleh kalau perempuan memimpin atau memainkan peranan sebagai boss dalam sesebuah hubungan, biarpun kadangkala dari segi ekonomi perempuan tu lebih mampu. Kalau berlaku macam tu, memang queen control dah. Lelaki mesti mengambil peranan yang penting dalam sesebuah hubungan. Kalau berselisih faham atau apa, lelakilah yang perlu bertolak ansur dulu.


Perempuan pula, kalau dia dah sayang lelaki tu memang dia sayang. Simple je sebenarnya benda ni, tapi itulah dalam hidup ni macam-macam benda boleh buatkan sesebuah hubungan tu rumit dan kadang-kadang mendatangkan masalah. Dalam sayang perempuan nilah kadang-kadang berlaku perempuan tu akan lebih menyayangi berbanding lelaki. Bila benda ni berlaku, kena ada check and balance balik sebab lelaki adalah oportunis. Bila berada dalam zon selesa macam ni, lelaki mulalah jadi tak betul. Yang gatal tu, gatallah dengan mana-mana perempuan yang dia jumpa.. yang jenis workaholic tu, kerjalah sampai pagi. Perempuan dia terabai, kurang kasih sayang.






Tapi si gadis pula memang tak nak give up. Dia fikir apa yang dia buat tak cukup bagus untuk boyfriend dia. Jadi dia berusaha lagi kuat untuk tunjukkan kasih sayang dia. Luangkan lebih banyak masa. Telefon selalu. Yang si lelaki ni pulak jadi makin rimas girlfriend asyik cari je. Tak bebas. Walaupun begitu, bila si gadis merajuk, tetap dipujuk. Lepas pujuk, dia buat perangai endah tak endah balik. Relationship tu dah jadi lain.




Banyak sebenarnya implikasi buruk kalau perempuan lebih sayang boyfriend dia. Walaupun begitu, ada je hubungan yang boleh kekal lama walaupun benda ni berlaku. Kenalah tengok jenis lelaki yang perempuan tu date. Ada je lelaki yang baik, jenis boleh dipercayai dan betul-betul ikhlas dalam hubungan tu. Tak salah pun untuk perempuan lebih menyayangi dan lebih baik sebenarnya kalau dua-dua memang komited dalam menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain.


Macam mana nak buat si lelaki lebih sayang? Entah la.. Benda ni datang dari keikhlasan dalam bercinta tu.. kalau dia betul-betul ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam relationship tu, memang akan nampak jelas dan nyata. Korang sendiri akan tahu. Semudah itu.